Saturday, March 20, 2010

adik baru yang dinanti-nantikan..

Pada tanggal 12 Mac,ahli keluarga yang dinanti-nanti kan oleh kami sekeluarga telah lahir ke bumi..kami adik beradik amat gembira pada hari itu..kami telah mendapat adik lelaki yang amat comel..dia telah dilahirkan pada hari Jumaat pada tarikh 12 Mac 2010 iaitu pada hari lahir ibu kami..seronok nya kami tak terkata..ayah dan ibu telah memberi nama kepadanya iaitu Muhammad Arij Rasyiq..nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama saya sendiri iaitu Rasyiqah dan nama Arij telah diambil daripada nama Arijah iaitu adik ketiga saya..ternyata Arijah sangat gembira kerana telah menjadi seorang kakak..kami mengucapkan bebanyak terima kasih kerana telah bersusah payah melahirkan kami semua dan mengucapkan selamat hari lahir dan juga tahniah..

Tuesday, February 9, 2010

Keluarga Saya

Saya mempunyai sebuah keluarga.Ayah saya seorang pensyarah di Institut Perguruan tengku Ampuan Afzan.Perwatakan ayah saya ialah seorang yang baik hati dan tegas.emak sya pula seorang yang juga baik hati.Beliau berkerja sebagai seorang guru di SK BENTA.Saya mempunyai 4 adik beradik dan saya anak pertama.Adik-adik saya mempunyai ragam masing-masing yang kadang-kadang menyakitkan hati saya.Tetapi ragam-ragam itu jugalah yang memeriahkan suasana di rumah saya.Adik pertama saya ialah Adilah,dia suka mengusik adik-adik yang lain.Adik kedua saya bernama Adil dan dia seorang yang cermat dengan barangannya.Adik ketiga pula bernama Arijah iaitu seorang yang amat periang dan dia jugalah yang telah menceriakan kami sekeluarga.Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai keluarga sebegini.